Wednesday, July 31, 2013

Kem Kepimpinan BKP 2012 MRSM Muadzam Shah

Kem Kepimpinan 2012


Pelajar mendengar taklimat daripada guru sebelum pergi mencari kepah di pantai. Aktiviti ini antara program yang dapat membentuk kerjasama antara semasa ahli dan mengenali erti kesusahan untuk memperolehi sesuatu kejayaan.


Ini antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar untuk mencari kepah. Semangat berpasukan membantu mereka menyempurnakan tugasan yang diberikan.



http://www.flickr.com/photos/monadz

Tuesday, July 30, 2013


SELAMAT BERBUKA PUASA




http://www.flickr.com/photos/monadz


HOW TO LEARN  BIOLOGY


GUIDELINES TO DO BIOLOGY NOTES

  1. Biology notes are based on scientific thinking and to suit the Biology marking scheme.

  1. You can use your own creativity to apply mind map, concept map, Cornell format to construct your  notes.

  1. It is best for the facts to be written simply, precise, concise and also based on the answer scheme.

  1. No matter how creative you are, the main point that should be considered is that you understand what you have written, easy to memorize, contented and happy with your note.

  1. Students that have accomplished the Scientific Thinking simultaneously will be able to master the ‘pattern’ of answering Biology questions, include Higher Order Thinking (HOT) questions.





http://www.flickr.com/photos/monadz

Wednesday, January 9, 2013

AMALAN TERBALIK YANG BERLAKU DI MALAYSIA



"11 AMALAN YANG TERBALIK DI MALAYSIA"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkahini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


http://www.flickr.com/photos/monadz

Tuesday, January 8, 2013

Ini Duniaku

Deruman bunyi motor memecah kesunyian rembang senja. Mak Kiah sengaja muncul di tangga, biarpun sememangnya dia sudah tahu, itu tahu anak kesayangannya yang baru pulang dari kerja. Bau minyak hitam menyusuk hidung. Mak Kiah mengeleng-gelengkan kepalanya.

“ Baru pulang, Intan? Ngapa awal sangat hari nih? “

Sapaan Mak Kiah hanya disambut senyuman. Intan tahu maknya meradang lagi. Sapaan biasa berbisa Mak Kiah kalau Intan pulang lewat.

“ Iyalah mak. Penat nih. Lori buat masalah lagila.. malas betul kalau cam nih.. baik tauke Soh campak ke laut je la lori tuh. Buat tukun ikan, ada gak la faedahnya ”Rungut Intan , menjuihkan bibirnya.Tangannya rancak menbukak “kasut” yang sudah tidak sepertinya lagi itu. Bukan tumit tinggi, juga bukan sandal separuh terbuka seperti gadis lain. Bot tinggi separuh betis!

“ Mak tak tahula nak cakap apa lagi Intan..Cubalah cari kerja lain… yang lebih sesuai dengan kau, kelayakan kau. Kerja kau nih orang lelaki pun tak jamin lagi nak kerja ke tak, tau tak?

Ala.. nak kerja macam mana lagi, mak, dah kerja ni aje yang ada.. Lagi pun kan mak, Intan rasa makin lama makin sesuai la kerja nih ngan intan..” Intan menjeling manja pada ibunya.

‘Haa… kau jangan Intan …” Mak Kiah membeliakkan matanya, sambil Intan terkekeh-kekeh menahan gelak, suka benar dia kalau dapat diusik maknya.

“Pegi mandi, busuk hapak dah ni, solat maghrib, pah tu kita makan”

“Yes Madam!” Tabik Intan.



Malam tu Intan terkebil-kebil memandang siling. Entah mengapa dia tak boleh melelapkan mata malam ini. Jam di sebelah dah menunjukkan jam sebelas malam. Mak Kiah dah lama lena di bilik sebelah.

Intan bangun dari katil, membuka tingkap. Mungkin cuaca panas membuatkan dia tidak boleh lena. Angin malam yang menghembus masuk menerobos melalui tingkap yang terbuka menenangkan fikirannya.

Tapi yang pasti bukan kehangatan malam yang membuatkannya gelisah. Sms dari Fauziah yang diterimanya tengahari tadi menganggu perasaannya.  Farid akan melangsungkan perkahwinannya tengahari besok! Fauziah menghantar berita. Sampai hati engkau Farid, mendustai cinta, merungkai janji kita! Tapi Intan akui, semuanya ini berpunca dari dia juga. Ahh.. Farid bukan tak tahu jiwaku macammana, ritma nuansa ku bagaimana, jika dia mencintaiku, pasti mencintai semuanya mengenai diriku, tidak boleh memilih sebahagian diriku, menolak diriku separuhnya. Mesti mencintaiku  sepenuhnya, sepenuhnya diriku!


Tiba-tiba Intan tersenyum sendirian. Geli hatinya mengenangkan peristiwa tiga bulan lalu
sewaktu Farid datang menjenguknya. Farid yang datang terus dari K.L sehabis waktu kerja bukan saja terkejut beruk, tapi beruk pun pasti terkejut melihat muka kecut masam campur kelat Farid.

Salah Farid juga yang datang kononnya untuk buat kejutan , akhirnya dia pula yang terkejut! Sengaja katanya melawat Intan di tempat kerja  selepas berbulan-bulan kekasih hati menganggur. Diajak sama-sama kerja di firma perunding jurutera ternama tempatnya berkerja, Intan tidak mahu. Sejak dulu lagi Intan dah berniat sebaik habis pengajian mahu temankan mak di kampong. Kesian mak, seorang di kampong sejak abah meninggal. Kakak dan abang Intan semuanya sudah bekerja jauh, sudah berkeluarga. Tingal Intan seorang aje yang paling kecil.. Lagipun di Seremban pun bukan tak ada kerja.Terbayang di ruang hatinya wajah comel dan ayu Intan yang pastinya lengkap berpakaian baju kurung dan berkerudung sedondon menyambutnya nanti. Bolehlah mereka makan tengahari bersama nanti.

Tetapi, apa yang disangka semuanya salah belaka! Terlopong Farid melihat buah hatinya yang digilai sejak semester pertama tahun pengajian lagi , berada di bawah sebuah jentera  yang berat nya hampir 1000 tan. Bermuka comot, badan penuh minyak, tiada lagi muka comel berbau wangi seperti waktu-waktu indah musim bunga di kolej!

“ Intan! U buat apa kat sini? “ Jerit Farid, menarik tangan Intan

“ Eh, Farid ! Ngapa tak call dulu sebelum datang? “ terperanjat Intan.

“ U kerja sini ke? U kerja apa ni?” Soal Farid bertalu-talu.

“ A’ah kerja sini la. Kan I dah informed u earlier. I kerja kat construction works and hardwares suppliers ni la!”  Balas Intan selamba sambil tangannya lincah mencedok air di dalam tong. Memang dia dah mengagak yang Farid akan berkelakuan tidak normal begini seandainya dia tahu pekerjaan Intan.

“ Sebagai apa? Kerja ni tak sesuai dengan U la Intan. Apa kata parent I nanti? Bakal menantu dia comot macam ni. Macam mana bila kita kawin nanti? Apa kata kawan-kawan I ? U tak malu ke Intan ? I malu.”

Ala, kerja ni sesuai apa ngan I. Sesuai ngan bidang kejuruteraan mekanikal yang I ambik dulu, kan?Apa nak dimalukan. Dulu masa I dok menganggur, u bising suruh I cari kerja cepat-cepat, nanti boleh kawin cepat-cepat. Sekarang bila I dah kerja, u complaint la pulak. Mother I pun tak pernah bising-bising macam ni.tau. ( bising-bising sikit tu biasala..)

Dan itulah kali terakhir dia berjumpa Farid. Farid memberinya kata dua, samaada Intan berhenti kerja serta-merta pada hari itu juga atau perhubungannya dengan Farid putus serta-merta, pada hari itu juga! Tanpa sempat Intan berfikir, Farid terus berlalu, tanpa sempat berkata apa, hajat untuk makan tengah hari bersama juga tidak kesampaian.

Semenjak itu tiada lagi khabar berita dari Farid, hinggalah tengah hari tadi. Perkhabaran dari Fauziah yang meruntun hatinya, mengacau jiwanya, melenyapkan jelira  tidurnya! Begitu cepat dia mencari pengganti. Entah siapalah yang mengambil tempat aku dihatinya! Empat tahun 3 bulan 16 hari aku bertakhta di hati mu Farid, hanya 3 bulan aje masa yang kau ambil untuk orang lain! Selamat berbahagia Farid! Bisik hati Intan. Sambil tersenyum geli hati memikirkan dirinya yang pasti jodoh pun lari ketakutan melihat dia… Biar  dia bercinta dengan excavator, backhoe, shovel aje lah selepas ini!!!



Suara bebelan  Mak Kiah kedengaran dari dapur. Intan  terkocoh- kocoh bersiap. Bukannya apapun, tempek bedak sikit, betulkan tudung, siap!  Inilah untungnya kerja aku, x payah bermekap-mekap, touch up sana sini. Lipstik pun tak yah. Kan senang!

“Assalamualaikum, mak…. Selamat pagi.. anggun dan jelita mak pagi nih..!!” tegur Intan sambil memeluk Mak Kiah. Tangannya menyambar karipap goreng di atas meja. “Aduih, panasnyaa…!”

Mak Kiah tersenyum melihat gelagat anak bongsu nya.

“ Waalaikummussalam… pagi selamat, mak takut kau tu yang tak selamat pagi nih. Tengok dah pukul berapa dah nih. Nanti Tauke Soh potong gaji baru kau tahu’.. Usik Mak Kiah.

Ala sekali sekala mak… kita datang lambat nak potong gaji, yang kita balik lambat tu sapa nak kira… Lagipun dah 3 hari Intan balik lambat mak… nasib baik tak kawin lagi… kalau tak mesti mengamok meletop workshop tuh kena bom!”

“ Itula Intan, Mak pun ada terfikir..sekarang tak apala, belum kawin..dua tiga tahun lagi macamana..?”

Ada ker orang nak kawin ngan Intan ni mak? Comot , busuk… kalau ada pun agaknya Sigh bawak treller tu, sebab Intan selalu repair treller dia..” Sengih Intan, cuba mengusik maknya lagi..

“ Hisshhh..mintak simpang, apala kau ni Intan.. Pagi-pagi dah mengarut reraban, dah,dah pegi kerja. Nun banyak lagi mesin dok tunggu..”


Kedatangan Intan disambut senyum lebar Tauke Soh. Biasanya jarang sekali Tauke Soh berpagi-pagian begini. Rutin Tauke Soh untuk ber tai chi dulu atau sekadar berjalan kaki keliling rumah. Pukul 9 atau hampir pukul 10 biasanya baru tauke soh muncul. Biasanya Ah Pek ‘tau chu “ atau orang harapan tauke soh yang buka kedai. Hari ni, tak semena-mena tauke Soh yang sampai dulu..

Intan melihat jam di tangan. Baru pukul 8.15… awal lagi nih.. mimpi apa tauke aku nih…. Baru kena nombor ker? Semangat semacam jer nak meniaga!!

“Pagi taukeh.. wa.. awal pagi nih tauke… “ tegur Intan sambil menyorong motosikal buruk arwah abah.

“ Pagi Intan.. awak ni banyak bagus la… selalu datang awal.. awak la harapan masa depan saya, Intan “

“ Eh, apa pulak tauke ni, pagi-pagi dah puji-puji aku nih”

“ Intan, ini hari, saya banyak senang la..eh, u ingat  itu Ah Chai ker? Saya rasa dia belajar satu kelas dengan awak masa form 2 la” Tanya Tauke soh tidak semena-mena.

“ Ah Chai? Mana satu ni tauke? Saya tak ingat la, sebab saya sekoah sini tak lama. Kan lepas PMR saya sambung ke MRSM. Mungkin kalau tengok muka, saya ingat kot….”

“ Tapi ini Ah Chai aa… kalau u tengok sekarang , memang tadak sama punya… nanti sekejap lagi dia sampai… mesti u pun terkejut punyaa..”

“ Ah Chai mana ni,tauke? Ala tauke.. kalau ah chai budak pomen jirat cina tu saya kenal la… “ Cuak jugak Intan bila tauke soh ajak berbual.

Ala, Ah chai anak saya la. Dia ada cakap dia ada kenal awak tau. Bila saya cerita saya banyak senang sekarang ada orang tolong set up ini kedai, saya cakap la nama awak. Dia cakap dia satu kelas dengan awak form 2. Sekarang dia kerja Singapore sana. Pagi ni sampai, datang tengok saya..”

 Laa, patutla ceria bebenar tauke aku ni ari nih, rupa-rupanya anak tunggal dia dah nak balik. Sebenarnya kesian juga kat tauke soh, suaminya sudah lama meninggal, tinggal dia seorang yang uruskan perniagaan tinggalan mendiang suami. Bagusla kalau anaknya balik menjenguk sekali sekala, biarpun sekadar sehari dua.

“La… budak cina gemuk masa sekolah dulu anak tauke ker? Minta maaf la tauke, dulu saya selalu buli anak tauke tuh. Sebab dia nerd sangat. Sekarang ni dia keja kat Singapore, keja apa tauke?” Rupa-rupanya satu-satunya budakcina dalam kelas Intan dulu anak tauke!!!

“ Itu dulu, Intan. Sekarang dia banyak Leng Chaii…. Awak tengok la nanti. Dia keja akauntan sekarang kat sana.Haaa..tunggu la sekejap lagi, nanti dia sampai….”
“Ok la tauke… nun Ah pok dah panggil. Ada la tu nak mintak saya cari spare part. Saya pegi dulu ya….”

4 Tanda Hidup Tak Berkat





Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.
Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga



http://www.flickr.com/photos/monadz

Sunday, January 6, 2013

Kenangan Membedah Katak


Siapa yang ambil kelas biologi mesti ingat memori indah ni...amali membedah katak.. Memang macam-macam gaya ada, yang seronok, yang menjerit, yang menyakat kawan-kawan, memang bising la makmal tu.. Mua-mula diaorang geli lepas tuh satu-satu buang organ-organ katak...Lastly, hancur lunyai katak tu...

My Student

















http://www.
flickr.com/photos/monadz

Friday, November 23, 2012

Saturday, June 23, 2012

INGIN MENAMBAH PENDAPATAN ???

http://moneydrop.stiforpmy.com/








http://moneydrop.stiforpmy.com/








SUKAN MARA 2012 DI GMI BANGI

Kemeriahan bahang sukan akan terasa bagi kakitangan MARA di Bangi pada 24/6 hingga 29/6/2012. Sama-samalah kita warga MARA memeriahkan Bandar BAru Bangi dengan kakitangan MARA he he.. UNTUNG orang Bangi tiba-tiba ada pelaburan luar biasa selama seminggu. Apa-apapun tujuannya adalah untuk menambah keakraban dan silaturrahim sesama anggota untuk meningkatkan martabat MARA.


SELAMAT BERSUKAN DAN BERJAYA KEPADA ATLET-ATLET DARI SELURUH NEGERI



Thursday, May 24, 2012

Majlis Konvokesyen UITM Shah Alam 2012

Kesusahan seorang isteri dan seorang ibu yang mengharungi detik suka dan duka dalam perjuangan menuntut ilmu akhirnya berbaloi dengan majlis konvokesyen ini. Dua tahun merupakan satu detik yang amat sukar bagi seorang isteri yang bekerja dan pada masa bersusah payah menuntut ilmu di UiTm Shah Alam. Walaupun perjalanan yang agak jauh dari Muadzam Shah ke Shah Alam tetapi itu tidak mejadi penghalang. Bas, kereta, teksi, menumpang orang semuanya telah dilalui, adakalanya bertolak dengan kereta seawal 5 pagi setiap minggu adalah lumrah dalam kehidupannya. Kami sekeluarga hanya dapat membantu dengan memeberikan dorongan dan bantuan yang seadanya agar cita-cita dapat direalisasikan. Harapan agar anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibunya yang gigih dan tekun belajar demi mencapai cita-cita. Khusyuk si ibu belajar, kami pula puas meronda-ronda sekitar Shah Alam, semua tempat kami dah jelajah, Tasik Shah Alam tempat permainan anak-anak sehingga petang menjelang. Kalau diingatkan semula saat manis ini tak dapat dilupakan. Semua itu sudah pun berlalu hanya memori yang menjadi segar ingatan. Pembelajaran Sarjana Perakaunan telah pun dihabiskan dengan cemerlang sekali. Itulah isteriku Hasmaizan Binti Hassan. Tahniah buat kekasihku, isteriku dan sayangku. I love you

Menerima Sijil daripada Yang Dipertuan Agong


        



















http://www.flickr.com/photos/monadz

Sunday, May 13, 2012

Old Town White Coffee


Teka kat manakah OTWC ni ....

Tempat kira glamer jugak...tapi banyak burung berterbangan kat sini. Tak pernah lari kalau kita halau, jinak sangat agaknya.


http://www.flickr.com/photos/monadz
Kursus Kemahiran Berfikir Program KIKS
di MRSM Muadzam Shah

 Program KIKS selepas PMR merupakan program bagi meningkatkan kemahiran pelajar selain daripada kursus PNP. Antara Programnya adalah Kursus Kemahiran Berfikir. Jadi banyak latihan aktiviti dijalankan bagi menyediakan belajar dalam  menguruskan kaedah berfikir. CoRT I, II dan IV merupakan asas kepada kemahiran ini, yang mana ia   membetulkan cara kita berfikir supaya lebih tersusun.





Bob dan Khairil mempraktiskan aktiviti KKB



Pelajar mempersembahkan hasil pembentangan


Cikgu Nadzrul bersama dengan pelajar-pelajar kesayangannya





http://www.flickr.com/photos/monadz

Tuesday, May 1, 2012

Pelajar-pelajar MRSM Muadzam Shah. Berposing dekat dengan Musolla yang telah dirobohkan. Surau ini akan digantikan dengan yang baru tidak lama lagi. Sesiapa yang bergambar kat sini pasti akan meninggalkan seribu kenangan dengan gambar surau itu sebab surau yang baru akan berubah wajah sepenuhnya. Nantikan kemunculannya....

http://www.flickr.com/photos/monadz

Kaedah Belajar









http://www.flickr.com/photos/monadz

Monday, April 30, 2012

Nur Zahra Amani 


 Puteri ku yang ke empat. Dilahirkan di HTAA Ampuan Afzan.

http://www.flickr.com/photos/monadz

Wednesday, April 11, 2012

Kenapa kita berfikir?

KESILAPAN BERFIKIR
Fikiran yang terburu-buru
Fikiran yang sempit
Fikiran yang kabur
Fikiran bercelaru

FIKIRAN YANG TERBURU-BURU
Bertindak dengan tergesa-gesa membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Contoh :
Bagaimana membuat keputusan?
Apakah pilihan anda?
Adakah anda mempunyai masa untuk membuat pilihan?
Mengapa anda perlu membuat pilihan?

FIKIRAN YANG SEMPIT
Membendung fikiran anda daripada melihat sesuatu dengan lebih luas, tidak berusaha memberi pertimbangan yang sewajarnya

Contoh :
Adakah tuduhan tersebut itu berasas?
Apakah anda membuat penilaian ke atas diri sendiri?
Jika betul tuduhan tersebut, apakah pilihan yang perlu anda lakukan

FIKIRAN YANG KABUR
Idea yang hendak anda sampaikan tidak jelas dan tidak mencapai objektif yang dikehendaki.

FIKIRAN BERCELARU
Berlaku apabila anda tidak merancang dan menyusun idea yang hendak disampaikan


http://www.flickr.com/photos/monadz

Thursday, November 10, 2011

Hari Inovasi Mrsm Mzms

Inovasi bakal merubah cara hidup kita kepada cara yang lebih
mudah dan efisien. Sejauh manakah kita ingin menginovasikan diri kita.
Anak-anak kecil perlu didedahkan dengan idea2 inovasi bagi
mencambahkan idea mereka. Ibu bapa harus menerima
segala idea anak2 mereka dan cuba realisasikan. Ini akan menarik
minat anak kecil untuk mencurahkan idea yang lebih menaruk
dan kreatif



http://www.flickr.com/photos/monadz

Sunday, September 25, 2011

Keputusan EPL-2011-2012 Barclays Premier League Table yang terkini

2011-2012 Barclays Premier League Table
 

Overall
 
Pos
TEAM
P
W
D
L
F
A
GD
Pts
1
Manchester United
6
5
1
0
22
5
17
16
2
Manchester City
6
5
1
0
19
5
14
16
3
Chelsea
6
4
1
1
12
7
5
13
4
Newcastle United
6
3
3
0
7
3
4
12
5
Liverpool
6
3
1
2
8
8
0
10
6
Tottenham Hotspur
5
3
0
2
9
9
0
9
7
Stoke City
6
2
3
1
4
6
-2
9
8
Aston Villa
6
1
5
0
7
5
2
8
9
Queens Park Rangers
6
2
2
2
5
7
-2
8
10
Everton
5
2
1
2
6
6
0
7
11
Wolverhampton Wanderers
6
2
1
3
5
8
-3
7
12
Arsenal
6
2
1
3
9
14
-5
7
13
Sunderland
5
1
2
2
6
4
2
5
14
Norwich City
5
1
2
2
5
7
-2
5
15
Wigan Athletic
6
1
2
3
5
9
-4
5
16
Swansea City
6
1
2
3
4
9
-5
5
17
Fulham
6
0
4
2
4
7
-3
4
18
Blackburn Rovers
6
1
1
4
8
13
-5
4
19
West Bromwich Albion
6
1
1
4
3
8
-5
4
20
Bolton Wanderers
6
1
0
5
8
16
-8
3


http://www.flickr.com/photos/monadz